Monday, December 26, 2011

Warkah ini buat Khalid bin Zaid






Khalid bin Zaid kini sudah berusia 1 tahun 2 bulan. Ya! dengan hampir 10 batang gigi sudah tumbuh, Khalid suka makan nasi. Tapi, apa nak dikata..Khalid masih belum boleh berjalan. Semacam tiada keyakinan untuk melangkah sendiri tanpa dipimpin.

Khalid atau nama timangannya 'baby' atau 'sweetheart'...ternyata nama timangan yang mama berikan menjadi sebati dengan dirinya. Khalid sangat manja, tidak boleh diusik seperti diambil barang dari tangannya, tidak boleh terjatuh, terkejut dan disergah. Khalid akan mencebikkan bibir dan menangis dengan sepenuh hati. Mengalirlah air mata berjurai-jurai. Untuk memujuk Khalid, mama akan peluk Khalid seerat-eratnya. Redalah Khalid dari tangisan.

Khalid, dikau dilahirkan atas perancangan dan keinginan mama dan papa. Tidak seperti abangmu, Said.. Allah mengabulkan permintaan untuk mengandung kali kedua dengan kadar yang segera! Hanya beberapa kali percubaan (mungkin 2 kali) mama sudah disahkan mengandung Khalid. Mama sujud syukur bila melihat pregnancy test ada 2 line; it's mean mama will going through another amazing experience. This is planned, intended and wanted pregnancy. It's not accident dear. It's not like "Opps, not again" when I saw the positive mark at the pregnancy test. I really love and cannot wait to hold you my baby... Haa kan dah terkeluar bahasa jawa dah..hehe..

But baby Khalid, do you want to know something? I really keep this as secret that no one know about this including Papa. When I knew you are in my womb, I just can't imagine how could I share my love for Said and his future siblings. I just feel like; "Mama teramat sayangkan Said dan mampukah mama membahagikan kasih sayang ini kepada anak-anak yang lain secara adil". Rupanya mama silap. 100% mama salah. Bila Khalid dilahirkan, kasih sayang itu sama 100%. Tidak ada beza antara Said dan Khalid. It's just like Said got a room full with my love and Khalid also got another room full with my love. The room is in my heart. (Let's forget room for Papa..hehe). Owh, finally I felt relieved coz I don't want you to be regretted or ignored.

Khalid, apa yang mama nak sampaikan di sini adalah walaupun mama sedar akan perbezaan ketara antara Said dan Khalid dari segi sikap, mama tetap sayangkan Khalid dan akan mendidik Khalid sebaik yang mungkin. Khalid seorang bayi yang agak manja, garang, tetapi fokus dalam sesuatu permainan. Mungkin Khalid boleh dikategorikan sebagai moody. Bila mood baik, Khalid akan main bersendirian dengan kereta beroda atau apa-apa sahaja unsur beroda. Khalid juga
suka masuk bawah meja, kerusi, katil dan tempat-tempat sempit dan tersorok. Mama selalu kata: "Owh, Khalid nak jadi engineer bawah tanah ya?"... Semoga doa mama dimakbulkan Allah.

Khalid juga memiliki rambut ala Korean dan Vidal Sasoon gitu. Rambut lurus, hitam kecoklatan dan hampir-hampir menutupi mata. I like!! dan badan Khalid sasa bak pahlawan Khalid al-Walid. Dan yang penting Khalid dapat menikmati khasiat susu ibu sepenuhnya istimewa buatmu, Khalid bin Zaid.

Akhir kata, biar apa pun personaliti Khalid-garang, manja, fokus, hensem, dan apa sahaja- walaupun tidak sama seperti abangmu Said, mama dan papa tetap dan selamanya menyayangi Khalid. Akan mama didik anak mama agar berakhlak mulia, mendirikan solat, menghafal al-Quran dan menjadi insan berguna di muka bumi Allah ini.



Thursday, March 24, 2011

Used Breastpump for sale


Letting go this breastpump. Condition: Excellent!!
Emel me if interested zilalsaari@gmail.com

Friday, December 3, 2010

Pengalaman pantang selepas bersalin

Kalau orang tanya, "Antara mengandung, bersalin dan pantang, yang mana satu paling tak disukai?" aku akan jawab masa pantang 40 hari. Tapi sebab dah ada anak yang comel di sisi, kutempuhinya jua.

Semasa pantang anak yang pertama (Said bin Zaid-Dis 2008), aku masih bergelar student. Aku bersyukur sebab dapat bersalin semasa cuti semester. Tapi terpaksa juga ponteng kuliah 2 minggu. Sebab bagiku,tak apelah ponteng kuliah, asalkan kesihatan terpelihara.

Dugaan sepanjang pantang 2008 ialah Said kene jaundice tahap kritikal semasa hari ke-4 kelahiran. TSB nya 45.2. (Paras selamat bagi jaundice adalah 10 ke bawah, paras kene tahan wad adalah 16 ke atas) . Doktor hampir membuat pertukaran darah. Mengalir air mataku dan juga suami (ini pertama kali aku tengok suami menangis). Said diletakkan di bawah 4 lampu utk rawatan phototherapy. Alhamdulillah Said tak perlu tukar darah sebab kuningnya turun dgn cepat. Tiga hari tinggal di NICU, kami dibenarkan pulang. Selang 2 hari, kuning Said naik semula. NICU lagi tempat menginap. Tapi kali ni, doktor sahkan Said kene pneumonia (jangkitan paru-paru) dan perlukan antibiotik selama 5 hari. Jadi kami tinggal di NICU selama hampir seminggu.

Selama aku di NICU, tiada istilah pantang makanan. Tau sajalah hospital, semua jenis ikan, sayur dihidangkan. Aku makan ajelah..takkan nak minta mama hantar setiap hari. Alhamdulillah tiada pula sakit-sakit badan. Tapi, satu perkara yang aku sangat bersyukur ditakdirkan berpantang di hospital adalah aku dapat mempelajari kaedah memerah susu ibu dan penyimpanannya. di hospital ada breastpump yang tinggi kualitinya. Setiap hari aku akan perah susu dan dibekukan didalam freezer NICU. Penuhlah freezer dengan susuku aje..Alhamdulillah kerana itu aku dapat memberikan Said susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan diteruskan hingga Said berusia 1 tahun (lepas tu aku campur susu ibu dengan susu lembu sbb dah mengandung).

Selepas 2 minggu berpantang di hospital, dapatlah aku rehat2 di rumah. Tapi dugaan lain pula yang datang. Benang jahitan episiotomi rasa mencucuk-cucuk di penggungku. Aku asek menjerit kesakitan aje. Diri salah, duduk salah, baring pun salah. Aku rasa benang lambat putus sebab aku jarang kencing. Takut nak kencing. Tapi lepas adikku Marwah (bersalin di Jordan 1 tahun awal dariku) kata jangan takut, aku rasa dah semakin ok.

Hari ke-34 pantang aku dah pergi kuliah. Naik turun bas. tapi masih berjalan perlahan-lahan. Aku pantang bersila dan minum ais selama 3 bulan. Alhamdulillah badan sihat dan langsing kembali seperti anak dara.

Semasa pantang anak kedua pula (Khalid bin Zaid- Okt 2010), lain pula cabarannya. Khalid juga disahkan kuning pada hari keempat kelahiran. Cek darah di Klinik Kesihatan, TSB nya 16.4. Doktor terus bagi surat refer ke Hospital Ampang. Aku menangis lagi. Aku taknak berpantang di hospital. Terus malam itu macam2 aku buat supaya dapat menurunkan kuning Khalid. Aku bagi minum jus perahan buah anggur sebanyak 3 kali dan beri ubat homeopaty sebanyak 4 kali. terberak-berak Khalid. Esok paginya aku bawa Khalid ke Hospital Ampang untuk diambil darah. Aku tak henti2 berdoa sepanjang 2 jam menunggu keputusan. Alhamdulillah TSB Khalid menurun menjadi 13. Tak kene tahan wad. kami pulang dengan gembira. Selama 2 minggu pertama kelahiran, aku sibuk memonitor kuning Khalid. macam2 aku buat utk pastikan Khalid tak perlu phototherapy di hospital. antaranya yang boleh kukongsikan di sini adalah, homeopaty utk kuning, bayi minum jus anggur (sebiji setiap kali), air susu hi-goat (1 sudu kecil sahaja, sekali je aku bagi sbb takut), mandikan dengan daun kucai dicampur nila, sapu tapak kaki dengan akar pokok bakawali dan jemur pada cahaya matahari pagi. Semua ini hanya mengurangkan kuning Khalid saja, sebab sehingga artikel ini ditulis (Khalid 37 hari) dia masih kuning lagi. Anak-anakku memang kene prolonged jaundice.

Selain itu, sepanjang 2 minggu ini aku diserang rengat yang teramat-amat sakit. Rengat ialah proses di mana rahim mengecut. Ia terjadi apabila bayi menyusu badan ibu. rasanya seperti contraction melahirkan anak atau senggugut yang teramat sakit. Aku makan pain killer, lepas tu hilang. Bila datang lagi, aku tak boleh bergerak dan menangis sahaja (nangis je..hehe). Pada hari kedua-ketiga, darahku sangat banyak. pernah aku ke tandas, buka aje panty, keluar darah beku sebesar tapak tangan seperti hati lembu. ada dua. Aku rasa mcm keluar baby aje. Menjerit aku. kata doktor itu normal melainkan ia terjadi berlarutan hingga 40 hari. Alhamdulillah lepas tu tak keluar dah 'hati lembu' tu.

Cabaran seterusnya, pada minggu ketiga pantang, aku sedar lubang bontot Khalid luka dan rash. Mungkin terlalu kerap berak. Aku suspek sebab aku bagi anggur tu. jadi aku stop bagi sebarang benda pada Khalid. risau juga. Ditambah pula celah kelengkangku melecet yg teramat-amat sakit. Setiap hari aku menangis. Aku sapu minyak gamat, minyak nona roguy, madu, semua tak berhasil. akhirnya aku ajak suami ke klinik sebab dah tak tahan sakit. Rupanya aku rash pada pantyliner yg dipakai. waktu tu aku pakai brand intimate. Kemudian doktor kata stitch aku bengkak dan perlukan 5 hari antibiotik.Patutlah sakit masa nak berak. Aduh, menangis aje bila sakit. Aku terpaksa buat pantyliner guna kain batik yang dipotong kecil. Sangat tidak selesa. Aku teruskan kesabaranku.

Setelah habis antibiotik dan hampir sembuh melecetku, pada minggu keempat pantang, aku masih sakit lagi di bahagian bawah. Setiap hari aku nak ajak suami ke klinik untuk cek jahitan, tapi memikirkan duit yang akan keluar, aku sabar juga, tunggu masa check-up postnatal di KK.
Aku rasa macam jahitanku terbuka, rasa mencucuk dan bengkak. Aku selalu menangis tahan sakit.

Alhamdulillah, bila pegi KK dan misi cek, katanya jahitanku kemas, cantik dan hampir sembuh. Aku bersyukur sgt2. Tapi aku masih rasa sakit gatal2 di bawah. tapi selepas makan ubat cacing, gatal2 dah hilang (rupanya gatal cacing..yelah dah 3 tahun tak makan ubat cacing haha)

Setelah selesai semua sakit, pada usia Khalid 32 hari, aku bawa Khalid untuk disunatkan di Naluri Medical Centre. Akanku ceritakan pengalaman sunat khalid yang tak dapat kulupakan.

Alhamdulillah, segalanya dapat kuhadapi dengan kesabaran. Aku bersyukur dengan kurniaanMu Ya ilahi. Semoga aku dan keluarga sentiasa sihat dan bahagia.

Tuesday, November 9, 2010

Khalid bin Zaid: Unforgetable Induced Labor and Active Birthing Experience



DETIK KELAHIRAN KHALID BIN ZAID

Tarikh jangkaan bersalin : 28 Oktober 2010

Tarikh bersalin : 28 Oktober 2010

Tempat : Hospital Ampang

27 Okt 2010

Selepas Asar, aku dan suami bersiap-siap untuk ‘menyerahkan diri’ di Hospital Ampang walaupun tiada tanda-tanda nak bersalin. Sebenarnya aku harus diinduce esok. Disebabkan aku pernah mengalami pendarahan yang tidak diketahui puncanya (interdominated APH) semasa kandungan berusia 27 minggu, maka doktor tidak membenarkan aku melebihi tarikh jangkaan bersalin. Sebelum berangkat ke hospital, sempat aku searching google mengenai induce labor.

Tiba di hospital, aku dimasukkan ke wad 4D. rasa sakit masih tiada. Aku banyak2 baca al-quran, solat hajat di atas katil dan tidur awal menanti esok. Malam tu, aku tak dapat tidur lena-banyak gangguan-. Biasalah wad ibu2 nak bersalin ni.

28 Okt 2010

6.20 am

Aku bersiap2 mandi dan mengerjakan solat subuh di atas katil.

7.00 am

Misi memanggilku untuk dimasukkan ubat induce (Pistocin). Seramai 4 orang ibu yang diinduce hari ini. Jadi kami macam dah jadi kawan rapat aje asyik tanya perkembangan masing2. Sebelum masukkan ubat, doktor kata bukaan ku sudah 2 cm. Alhamdulillah, tapi apa nak diheran,ini kan anak kedua.

Selepas dimasukkan ubat, aku perlu berbaring selama 1 jam di atas katil ku. Mungkin untuk memudahkan ubat meresap ke dalam rahimku. Selepas 6 jam, doktor akan review dilation. Sekiranya bukaan masih kecil, ubat kedua akan dimasukkan lagi. 3 kali cubaan, jika gagal, alamatnya c-section la..aku memohon agar anakku dapat keluar secara normal.

Sapanjang 6 jam pertama, aku sudah mula rasa mild contraction. Aku berjalan2 di sekitar wad, berbual2 dengan kawan geng induce, squatting exercise-mencangkung dalam toilet (sbb segan nak cangkung tepi katil,hehe), baca surah maryam dan luqman berulang kali, berzikir, dengar bacaan juz amma sheikh masyari dan lagu gentle melody guna earphone dan yg paling penting teknik pernafasan yang betul untuk menangani sakit. Kontraksi makin kuat. Aku agak dilation ku mesti buka 4/5 cm.

1.00 pm

Masa untuk 2nd review. Kami beratur tunggu giliran. Tapi kami semua keluar dengan penuh kekecewaan sebab bukaan hanya 2 dan 3 cm shj. Bukaan ku hanya 3 cm. Jadi ubat kedua dimasukkan. Aku terus menerus berdoa agar aku tak perlu ubat ketiga.

Suamiku datang waktu melawat. Kami berbual2 sambil menahan sakit yg tidaklah kuat. Habis waktu melawat, aku suruh suami balik rumah dulu sebab memang aku rasa lambat lagi nak bersalin. Selepas pukul 2 petang, kontraksi makin kuat. Aku menahan dengan teknik deep breathing dan mandi air panas. Kontraksi ku datang setiap 5-7 minit. Aku letih sangat. Waktu tak sakit, aku cuba lelapkan mata. Bila sakit datang aku bertahan. Sehingga jam 4.45pm, aku rasa macam dah tak tahan sangat. Aku minta misi cek bukaanku. Apa? Baru 4 cm? Aku menangis bersandar di dinding. Aku semacam sudah hampir putus asa. Apa jadi kalau bukaan masih perlahan? Aku taknak dibedah? Nak amek pain killer, takut jadi macam lahirkan Said dulu...aku telefon suami suruh datang cepat. Pukul 5pm waktu melawat,suamiku datang. Aku menangis semahu-mahunya,kata dah tak tahan sangat. Aku macam dah panik sebab tula rasa sakit makin menjadi-jadi. Suami kata: ”Kan dah baca buku macam2, cuba bertahan ye”. Lepas tu, aku kembali tenang.

Kontraksi datang selang 5 minit. Aku bernafas dalam2. Kontraksi datang je, aku tarik nafas dalam2 sambil menyebut ‘breath in strength’, bila dah di kemuncak kontraksi, aku hembuskan nafas ikut mulut sekuat2nya sambil menyebut ‘breath out pain’. Lega!! Tapi sakit makin kuat. Aku berjalan2 dengan suami di wad. Masa tak sakit, kami jalan laju2, bila sakit datang, aku membongkong tepi dinding, genggam tangan suami kuat2 (agaknya boleh remuk jari die) dan suami urut2 pinggangku dengan kuat. Lega!! Sakit makin kuat!! Aku dah tak larat jalan. Kami kembali ke katil. Aku suruh suami tutup langsir sebab aku nak menonggeng (on all four) atas katil sambil peluk bantal bila sakit datang. Bila sakit datang je, aku menonggeng sambil suruh suami picit belakang dgn kuat sgt!! Sakit datang selang 3 minit.

Tiba waktu makan malam. Aku tak mampu nak makan sendiri sebab sakit datang terlalu cepat. Masa tak sakit, suami suap cepat2 nasi ke mulutku. Sempat 2 suap aje, sakit datang lagi, aku tonggeng. Memang memalukan,tapi melegakan. Aku dapat bertenang sebab telinga disumbat dgn earphone bacaan sheikh masyari. Waktu ini dah tak boleh senyum dan cakap apa2 lagi. Habis waktu melawat, aku kata dengan suami jangan balik rumah sebab memang rasa macam nak bersalin aje. Jadi dia pergi solat dan tunggu di hospital.

Sebab suami dah takde untuk picit aku, aku amek keputusan untuk mandi air panas. Sepanjang dalam tandas, sakit datang bertubi2. Tapi mandi air panas dapat melegakan kesakitan. Aku bercakap2 dengan anakku sambil mengurut perut ke bawah. ”Baby turunlah sayang, mama boleh tahan lagi, yang penting baby jgn stress, dapat keluar ikut bawah”. Habis mandi misi panggil untuk 2nd review. Berdebar-debar...

8.00pm

Doktor cek bukaan. Terus dia kata: hantar labor room sekarang!! 6cm. Alhamdulillah. Aku terus telefon suami, amek baju dan diaper baby dan makan sebiji kurma dan minum seteguk air. Misi menunggu ku untuk ditolak ke labor room.

Dalam labor room, aku baring, dipasang CTG. Dua orang Doktor lelaki, seorang bidan yang agak berusia bertugas menyambut kelahiranku. Kelihatan mereka tergesa-gesa membuat persiapan tetapi dalam keadaan ceria. Mereka cuba mengajakku berborak (agaknya utk hilangkan rasa takut), tapi aku dah tak larat nak layan diorang. 10 minit kemudian, suamiku sampai. Aku cakap, “cepat bang!! Sakit”. Aku nak pegang tangan dia kuat2. Tak sampai 5 minit suamiku di sebelahku, aku rasa seperti sesuatu nak terkeluar dari bawah. Aku menjerit, “Nak beraaak!!! Nak beraaak!!!” (aduh malu betul).

8.20 pm

Proses meneran bermula. Bidan dan doktor banyak membantuku memberi semangat dan ajar bagaimana nak teran. Bila rasa nak terberak, aku meneran sekuat hati, gigi diketap, jangan menjerit, tangan memegang kedua betisku, suami menolak kepalaku ke atas, aku memandang ke arah perut, teran tanpa menarik nafas, curi2 nafas dan teran lagi. Kontraksi hilang. Aku baring. Bila rasa kontraksi nak bermula, aku tarik nafas dalam2, kemudian teran sekuat hati. Bidan kata, ”bagus puan, pandai teran, kuat lagi puan, teran kuaaaat lagi, curi nafas, teraaaannnnn lagi”. Proses teran yang ketiga aku rasa aku digunting di bawah, dan tiba2 rasa kepala baby dah keluar. Cuma badannya saja lambat sikit. Doktor tarik2 badan dia. Aku rasa lega. Suami menundukkan kepalanya di kepalaku, ”Baby dah keluar”. Tiba2 dengar tangisan anakku. Dia terus diletakkan di atas dadaku (skin-to-skin contact). Aku tidak henti2 menyebut “Subhanallah subhanallah”. Aku menadah tangan sambil mengucapkan syukur kepada Allah atas nikmat kelahiran yang tidak akan kulupakan. Anak keduaku, Khalid bin Zaid dilahirkan seberat 3.58 kg, tepat jam 8.51 malam 28 Oktober 2010.

Mukanya sebiji macam abangnya, Said. Cuma tangisannya tidak berapa kuat dan sekejap saja. Aku tanya misi mana anakku. Dia kata, tengah bagi oksigen. Kesian... tapi mama bersyukur dengan kelahiranmu Khalid. Walaupun sakit diinduce yang amat perit, tapi mama rasa puas. Semoga dikau menjadi anak yang soleh, menenangkan mata dan hati yang memandang, dan menjadi mujahid di jalan Allah.

Tuesday, December 22, 2009

Terkenang Saat Pernikahan

Alhamdulillah, aku berpeluang lagi untuk up date kan blog ku yang hampir nak mati ini. Bukan apa.. setelah tamat belajar (9Nov 2009), jadualku agak padat dengan aktiviti seharian di rumah. Menguruskan anak kesayanganku, Said.. dan anak-anak-anak buah kesayanganku yg 3 orang tu.. Memang menguji ketahanan, kesabaran dan kecekalan sebagai seorang wanita bergelar ibu. Mak ayah diorang (Kak Anfal dan Abang Ammar jadi tetamu Allah Haji tahun ini).


Segala 'dugaan dan cabaran' akan berakhir dalam beberapa hari lagi. Ako dah pun nak balik 25 Disember ni. Gembiranya anak3 tak terkata. Ateh pun..hehe..tak sabar nak balik rumah Sri Ukay pulak. Apa-apa pun, banyak yang aku pelajari selama lebih kurang 40 hari menjaga dan mengasuh mereka. Tentang keibubapaan-bagaimana menangani anak-anak kecil (anak berderet-deret memang mencabar!!), melayan permintaan mereka, memujuk mereka menangis, berlaku adil kepada anak-anak, menjaga waktu solat Umar, pastikan anak-anak makan, mandi, gosok gigi, kemas mainan dan banyak lagila...

terima kasih Ako kerana memberi pengalaman ini kepada lal. Semalam aku membaca blog ustaz zaharuddin dalam tajuk Tolong Fikirkan Wahai Ibu bapa. Katanya, ibu bapa tidak boleh mendidik anak secara spontan. Semuanya perlu dirancang. Hatiku sangat tersentuh dengan artikel tersebut. tak perlulah diulas di sini. (Silalah klik pada link di atas..hehe).

Semasa menggodek-godek komputer, terjumpalah gambar-gambar perkahwinanku hampir 3 tahun yg lalu. Tengok gambar tu, alamak nampak budak-budaknye aku dan suami. Yelah, usia setahun jagung (sebenarnye 21 tahun) dah nak mendirikan rumahtangga. Dengan status student dan tiada pekerjaan, kami nekad untuk mendirikan masjid demi mencapai keredhaan Allah. Mungkin orang pelik dan tidaklah impressed dengan kenduri kawen kami yg ala-ala je tu, tapi bagiku itulah kenduri yg paling istimewa bagiku kerana kami mengadakan kenduri semampunya-dan bukan untuk menunjuk2 dan bermegah2. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan Kami 3 pasangan pengantin dengan 4 orang cahayamata. (Mutahnna+Nadiah= Insyirah dan Ilhan, Zaid+Zilal=Said, Shahrul+Marwah=Hanin).

Alhamdulillah Ya Allah... Aku bersyukur ke hadrat-Mu....

Monday, August 10, 2009

Cerita terkini Said






Salam semua, lama rasanya mama lal menyepi dari menulis blog. Selama 2 bulan menyepi, mama habiskan masa melihat tumbesaran Said. Banyak yang berlaku. Antaranya yang boleh dicatatkan di sini adalah:

  • 1 Jun 09, mama telah memperkenalkan makanna pejal pertama kpd Said. Said sgt suka makan!! Hari pertama Said hanya makan 1 sudu kecil bubur nasi yg di'blend', sekarang setelah 2 bulan Said boleh habiskan 5 mangkuk bubur yang mama masak sendiri!! (Alhamdulillah berat Said tak naik mendadak...now 7.5 kg).
  • Said sudah boleh merangkak dengan laju dan yakin pada usia awal 7 bulan. Mama dan Abah sgt teruja melihat Said boleh merangkak, walaupun Said skip 1 step which is mengengsot ke depan. Said hanya bergerak ke depan style ulat bulu jalan.Hmm..sape yang dah tengok je boleh bayangkan. And rase rugi sgt tak sempat rakam Said ngengsot ala caterpillar.
  • Sejak 2 minggu baru-baru ini, mama perasan Said dah boleh berjalan-jalan mengelilingi coffee table denga yakin tanpa ragu2. Cuma beberapa kali kalau letih, Said akan jatuh tergolek ke belakang. Takpe..anak mama kuat!!
  • Dan yang paling best...Said dah tumbuh gigi pada usia 8 bulan!!! Patutlah dia demam teruk 2 minggu sampai mama terpaksa bawa Said ke hospital Private lagi tu..risaulah kot2 demam yg merbahaya. Lepas jumpa doktor, terus baik then a few days after, muncullah sebatang gigi di bawah hadapan. Watch out mama!! kalau Said 'gigit', kena picit hidung dia meaning that dia tak boleh 'gigit' lagi..hehehe











Doakan Said jadi anak yg pintar, soleh, cergas dan berguna kepada umat Islam...

Thursday, May 28, 2009

Pindah Rumah


Di perkarangan Kolej Perdana, Blok U8

Hari ini, 28 mei 2009, setelah hampir 3 tahun aku menetap di U8A-204 Kolej Perdana, UTM, akhirnya aku membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut walaupun tempoh pengajianku masih berbaki 1 semester (Julai-Nov 2009). Banyak kenangan yang kutinggalkan di rumah ini. Suka duka, tawa gembira sedu sedan, semuanya terpalit di rumah ini. Dari sewanya yang hanya RM350 + api air percuma sebulan sehinggalah sewanya meningkat menjadi RM450 dan api air bayar lain dan lift yang sudah rosak hampir 2 bulan, aku mengambil keputusan untuk menetap saja di rumah mak mertua ku di Larkin. UTM ke Larkin mengambil masa 20-30 minit perjalanan. Dengan keputusan itu, maka aku rela berulang-alik ke UTM untuk tempoh 5 bulan lagi.

Banyak factor yang aku ambil kira. Pertamanya, memang sewa die macam nak cekik darah jer dengan status sebagai student lagi. Keduanya, aku memikirkan tentang anak kesayanganku itu. Kalau tinggal di Larkin, boleh juga mak mertuaku main-main dengan Said bile malam aku sibuk nak study. Takdelah aku jadi marah-marah kalau Said merengek minta diberi perhatian. Banyak lagi kebaikannye cume malas pulak nak tulis. Tapi apa yang penting, kerjaasama! Haha…termerapu plak. Apa yang penting, akulah yang kene banyak berkorban. Drive sendiri ke kuliah, nak kene tumpang bilik kawan sementara tunggu next lecture, kenelah perah susu kat bilik kawan. Huhu..ini memang pengorbanan paling besar lah. Kalau dulu, rumah dalam UTM, boleh lah perah susu untuk Said kat rumah sendiri, then simpan aje dalam fridge. But now!! Jadi, aku telah mengambil keputusan untuk membeli cooler beg khas untuk simpan dan bawa susu ku yang sangat berharga tu. Aku dah survey2 harga kat beberapa website. Antaranya: momslittleones.com, enjoybreastfeed.com. Enjoybreastfeed menawarkan harga yang lebih rendah berbanding di momslittleones dengan barang yang sama. So, aku fikir nak beli Mom’s Precious Cooler Beg Set. Begnya ada 3 style boleh laras: begpack, sling, handcarry. There’s 3 compartments yang luas untuk dibuka for easy access. This product comes with 6 bottles for storage and 3 icepacks untuk mengekalkan kesegaran susu ibu. Harganya pula RM 106.25 after 15% less. Berbaloi-baloi (gaya Amy Search dalam iklan Celcom). Aku dah tanya my hubby boleh tak belanje, die setuju. Hurray!! Alhamdulillah


Mom’s Precious Cooler Beg Set (RM106.25)


Ini beg nya...worth RM69.

Alhamdulillah aku telah diberi rezeki oleh Allah untuk menyusukan anakku secara eksklusif selama 6 bulan tanpa meminum susu formula. Walaupun aku terpaksa menghantar Said kepada pengasuh, dengan berbekalkan semangat, sedikit ilmu tentang pemerahan dan penyimpanan susu ibu, aku gagahkan hati untuk terus memerah susu. Syukur alhamdulillah Allah menemukan aku dengan breastpump dari Tollyjoy yang banyak membantuku memerah susu. (sebelum jumpa pump ni, aku guna tangan aje. Sangat menyeksakan!). Sekali sesi pemerahan, aku boleh dapat 8 oz from both side. Aku tahu amount ini taklah banyak sangat tapi cukup buat anakku. Nanti akan aku ceritakan cara penyimpanan pula and how to kekalkan susu yang mencukupi untuk anak. Nantikan akan dating di Mamalal.blogspot..hehe

Temanku ke mana-mana. Tollyjoy Battery Operated Breastpump RM99.90

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com